Saturday, October 16, 2010

LEPAT UBI KAYU ( favourite mama n prawit )



BAHAN-BAHAN:
-300gm ubi kayu (mama beli yang siap dimesin 600gm =Rm 3.00 saja)
-55gm gula Melaka
-45gm gula pasir
-sedikit air ut masak gula Melaka dan gula pasir
-100gm pati santan
-¼ camt garam
-daun pisang secukupnya.kelabaran 7@8in
CARA-CARA:
-perah air ubi kayu tadi bagi agak2 kering jangan sampai berdarai sangat.
-kemudian campurkan kesemua bahan2 diatas gaul rata dan bungkus dgn daun pisang.bungkus-habis susun dlm periuk pengukus kukus – masak lebih kurang 20-25 minit.

PUTU UBI KAYU VERSI MAMA









BAHAN-BAHAN:
-ubi kayu( yang diparut secukupnya)
-secubit garam
-sedikit halba
-gula Melaka secukupnya(di hiris halus)
-bahan2 lain daun pisang secukupnya
-kelapa parut putih + secubit garam
CARA-CARA:
-mesin ubi kayu-halus atau pun beli yang dah siap di mesin
-masukan dalam bag kain maslim(mama guna penapis teh kain saja)perah –betul2 kering berderai.
-masukan dlm satu bekas gaul ramas- jadi seperti serbuk roti, masukan garam dan halba gaul rata
-sediakan daun pisang kelebaran lebih kurang 7in potong hujung bagi melengkung sedikit.
-letakan daun pisang masukan 2camb adunan tadi diatas daun pisang kemudian letakan hirisan gula Melaka ikut suka letak 2camb lagi adunan ubi tadi diatas gula Melaka. Bungkus. Susun dalam periuk pengukus kukus lebih kurang 20-25 minit.
-setelah masak hidang bersama kelapa parut. Sedap makan masa panas-panas.
NOTA:resepi putu ubi kayu ini tak ada sukatan tepat mama kata main campak2 jer..
-Prawit paling suka kuih ini, linna pula tak suka linna dia tak makan sebarang kuih yang makan dgn kelapa parut. Mama pun suka kalau apa yang mama suka mkn prawit pun suka juga selera dia sama dgn mama. Suka mkn kuih orang zaman dulu.
-lupa nak cter, mama kata kuih ni orang bungkus dlm kain maslim saiznya sebesar tudung teko atau kendi air org dulu tu n kukus – masak baru buka kain tu.
-hari ni mama tak dee… kain nak bungkus mama guna daun pisang jer.. memang tiap2 kali mama buat mama guna daun pisang. Kalau nak makan sangat daun pisang tak de.. mama masuk dlm dulang je.. mama kata jangan buat terlalu tebal sangat. Lambat masak.

TAKOYAKI (JEMPUT-JEMPUT DAUN BAWANG JEPUN )









BAHAN-BAHAN:A ut adunan takoyaki
-100gm tep gandum
-340ml air berais
-1 biji telur
-1/4 camt bonito dashi(mama letak 1/2camt)
-1 camt kicap cair
-secubit garam
-1/2 camt granulate dashi
BAHAN-BAHAN:B
-150gm otopos(rebus terlebih dahulu)-mama guna udang yang di rebus sebab otopos tak dee.
-cebisan tep goring tempura(mama guna tep tempura brand GOGI +sedikit serbuk pati ayam bancuh dgn air bagi agak cair guna tangan renjis dlm kuali minyak banyak goreng –garing.
-pink shrimp goreng tanpa minyak n hancurkan (mama kata udang geragau pun boleh guna tak ada perbezaan pun dgn pink shrimp)
-daun bawang(mayang halus)
Dried bonito flakes(mama tak letak sebab lupa beli)
-sos mayonis
CARA-CARA:
-campur kesemua bahan2 A bancuh- sebati
-panaskan acuan tako maker masukan sedikit minyak
-masukan adunan takoyaki- hampir penuh
-kemudian masukan inti yang kita guna kalau guna otopos letak otopos kalau guna udang letak udang kemudian taburkan daun bawang dan serbuk pink shrimp tuangkan sedikit lagi adunan takoyaki. Kikis tepi dan terbalikan supaya jadi bulat.masak- kekuningan.
-angkat susun dlm pinggan taburkan cebisan tep tempura daun bawang paipkan sos mayanis di atas siap boleh makan.
Nota:saya tak suka sebab saya tak makan udang mama,papa n linna yang suka o prawit pun tak makan.

SUMBER : FP KAK RINNCHAN

Thursday, October 14, 2010

CREAM PUFF . . .






   BAHAN-BAHAN ( KULIT ) :
- 150gm tepung naik sendiri
- 60gm butter(1/4 ketul)
- 280ml air
- 4biji telur
- secubit garam

BAHAN-BAHAN INTI A (KASTARD EKONOMI):

- 30gm tepung gamdum(tepung jagung pun -  boleh)
- 1 biji kuning telur
- 30 gm butter
- 140ml air
- 3 camb gula



BAHAN – BAHAN INTI B (KASTARD BIASA):(favoutite family)
- 3 cwn air
- 9 camb tepung kastard(mama guna camca sukat yg 15ml. sukat rata tau..)
- 12camb gula(sukat rata juga)
secubit garam.


BAHAN-BAHAN C (KASTARD BERSUSU ) :

 -1  cwn tepung kastard
- 3 cwn air
- 1 cwn susu segar
- 1 cwn gula.


CARA-CARA :

- campur kesemua bahan kacau hingga pekat.

CARA – CARA BUAT KULIT :

                masak butter dgn air hingga didih


padam api dan masukan tepung


kacau dgn laju hingga adunan tidak melekat pada tepi     periuk dan sejukan
cuba pegang dinding periuk setelah rasa suam boleh     dipukul dgn pemukul elektrik


pukul hingga jadi seperti cream lembut seperti gambar 2


                       masukan dalam piping bag


       picit kan dulang yg telah disapu dgn mentega


bakar selama lebig kurang 20 mint agar perang seperti gambar 2..


 cucukkan setiap biji dgn pisau hujungnya tajam..setelah siap cucuk ( tanpa angkat puff itu tau) masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi 4 - 5 mint
NOTA : cara cucuk dan bakar sekejap lagi 2 untuk elak dari puff kecut semula


    setelah masak keluarkan dari oven dan potong..
jgn potong habis atau putus potong hampir setengah jer..

CARA – CARA BUAT INTI :



                 masak air dgn gula hingga gelegak


                    bancuh tepung kastard dgn air


setelah air gelegak masukan adunan bancuhan kastard   tadi....


                    kacau hingga pekat dan berkilat

Wednesday, October 13, 2010

ANGKU PERIA . . .



BAHAN-BAHAN ( KULIT )

- 300 tepung pulut
- 150 gm keledek ( timbang setelah dikupas kulit )
- 240ml air+2 penutup pewarna yang kita pakai
- 4 camb gula
- 40 ml minyak


CARA- CARA BUAT KULIT :

- Masak keledek hingga empuk hancurkan hingga betul2 halus ataupun di mesin
- Campurkan ke dalam tepung gaul rata
- Masukan air dan uli hingga lembut masukan minyak uli lagi
- Kemudian bentukan kepada bentuk yang di kehendaki seperti bentuk buah peria,bentuk bunga, buah nanas atau pun bentuk angku ,(angku ni bentuk seekor kura-kura kalau kawan –kawan yang beragama islam was-was dari segi bentuk kura-kura ini saya nasihatkan supaya buat je.. bentuk bentuk bunga dan buah-buahan.)
- Cara buat bentuk buah peria ambil sekeping plastic lembut
- Ambil sedikit doh bahagian kulit pepetkan masukan inti d tengah n tutup kemas
- Bentukan bagi bujur masukan kedalam plastic lembut tadi n gulung dan cuba tarik secara lembut bagi terbentuknya garis-garis diatas doh tadi.
-Buka plastic ambil keluar kuih tadi letak diatas sekeping daun pisang atau plastic yang telah di potong mengikut saiz kuih tadi
- Then kukus lebih kurang 8 minit bergantung pada saiz kuih jika kuih besar masa masak pun lebih lama
.

NOTA :

- Untuk cantikkan kuih ini guna keledek isi putih
Keledek isi putih ini untuk elak daripada perubahan warna doh semasa kita campurkan warna.
- Masa masak juga tidak boleh terlalu lama, jika terlalu lama ia akan kehilangan bentuk
.



BAHAN – BAHAN ( INTI) :

- 250gm kacang hijau tanpa kulit
- 10 camb gula
- 1 camt garam
- 2 cwN air (lebih kurang je..)

CARA – CARA MEMASAK INTI :

- Rendam kacang 4 jam atau 1 malam
- Basuh dan toskan kacang masukkan dalam periuk selepas itu masukan  air
- Masak seperti kita masak nasi
- Apabila ia menggelegak dan airnya hampir kering kecilkan api seperti kita tanak nasi
- Tutup tudung periuk tanak – masak
- Hendak tahu masak / tidak cuba picit biji kacang itu apabila ia dah lembut maka oklah tu
- Masukan gula dan garam kacau - pekat
- Dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum di bentukan bulat

SALAM PERKENALAN . . .


Sebagai pembuka bicara, izinkan saya memperkenalkan diri....First, mesti la bagi tau nama dulukan?kan?


K! nama saya LITTA...dan saya ni memang baru lagi dalam blog ni memandangkan saya pon baru umur 15 tahun( x terlalu muda , x terlalu tua)..tengah2 la....apa2 pun minta tunjuk ajar ya daripada orang2 lama....Tujuan blog ini dibuat adalah untuk memenuhi impian mama, iaitu untuk memasukkan post2 yang berkaitan dgn resepi2 dan juga gambar2 kenangan...bak kata mama, nanti apabila besar nanti boleh buat rujukan....macam buku resepi la kata mama...tapi, betul juga kalo ada blog x payah susah2 beli buku resepi bila nak masak ...just CLICK! dah jumpa...kalo nak salin dalam buku pulak???kene selak satu2..susah jugak..senang citer buat blog lagi senang..ini lah sebabnya wujudnya " TERATAK MAMA" ...