Thursday, November 11, 2010

ROMBONGAN KE KUALA LUMPUR ( AKTIVITI SELEPAS PMR )

Salam! Hari ni Litta akan masukkan gambar2 rombongan ke KL…nothing interesting sangat tapi boleh la buat kenangan…boleh dikatakan rombongan ni la aktiviti akhir berkumpul ngan kawan2 cz lepas PMR ni dah jarang dah pergi sek..lebih2 lagi pasni mesti ada yang dapat tawaran sana , sini…huhuhuhu..sedihnya kalau berpisah..apa2 pun enjoy la yer….

ini merupakan tempat pertama yang kami lawati setibanya kami di kuala lumpur iaitu MENARA KUALA LUMPUR yang merupakan bangunan yang keempat tertinggi di dunia..gambar atas ni litta amik dari internet jer..coz waktu litta pergi x berkesempatan untuk amik gambar menara itu dari luar..


ini pulak pix litta n kawan2 litta kat  menara 2..x banyak pix cz p sana sini nampak sama jer semua tempat huhu…



       ini gambar pemandangan dari atas menara 2......

HUTAN SIMPAN BUKIT NANAS… merupakan tempat kedua yang kami lawati…sebenarnya hutan simpan ni terletak betul2 berdekatan ngan menara KL..just sebelah jer…kat sini kami buat jungle trekking(lebih kurangla)tapi yang kelakarnya masuk hutan pakai baju kurung…haha


Sebelum masuk hutan kita dengar dulu sedikit ucapan daripada pemandu pelancong itu…


sahabat2ku yang sedang menaiki jambatan gantung...tapi x nampak rupa jambatan gantung pulak pix ni....huhu











PUSAT KRAF TANGAN merupkan lokasi ketiga yang kami lawatan…sebenarnya kami singgah di sinu hanya untuk makan tengah hari tetapi disebabkan tempat ni sangat cantik n ada banyak masa lebih, kami pun berposing2 la kat sini jap…hehehe













PETROSAINS merupakan tempat yang paling menarik bagi litta sepanjang lawatan...tempat ni mmg menarik untuk dilawati...
malam itu selepas kami makan malam...kami melawat ke DATARAN MERDEKA...

ini time kami nak ke CM (CENTRE MARKET)Cm ini sebenarnya bukan pasar yg jual ikan , ayam, sayur semua tau..CM ini sebenarnya pasar seni dia jual mcm2 hasil kraf tangan pendek kata kalo siapa2 nak beli cenderahati ke cenderamata ke x kesah la cendera apa pon boleh beli kat sini..harga x da la mahal mana..boleh dikatakan berpatutan..yg best kat sini dia jadi mcm pasar 1 MALAYSIA..dalam satu pasar 2 dia ada satu part malay , indian, n chinese so kat situ kita bolh lihat pelbagai kraf tangan dari kaum2 yg berbeza...tapi maaf la yer kat CM ni x ada pix coz mana boleh tangkap gambar …he3...sementara menunggu bas mari kita tangkap gambar buat kenangan dulu..ini gambar roommate saya merangkap best friends jugak..he3..mcm2 gaya ada..yg penting “ 1 MALAYSIA” ..hehe..ok la sampai situ sahaja cerita buat kali ini..sebenarnya ada lagi tempat yg kami lawati selepas kami ke CM kami pergi TIME SQURE..kat situ kami main bowling jer cz x cukup masa pas2 kami g PUTRAJAYA..2 pon ronda2 atas bas jer cz kat putrajaya tgh buat renovation..so..thats all....c ya...





Saturday, October 16, 2010

LEPAT UBI KAYU ( favourite mama n prawit )



BAHAN-BAHAN:
-300gm ubi kayu (mama beli yang siap dimesin 600gm =Rm 3.00 saja)
-55gm gula Melaka
-45gm gula pasir
-sedikit air ut masak gula Melaka dan gula pasir
-100gm pati santan
-¼ camt garam
-daun pisang secukupnya.kelabaran 7@8in
CARA-CARA:
-perah air ubi kayu tadi bagi agak2 kering jangan sampai berdarai sangat.
-kemudian campurkan kesemua bahan2 diatas gaul rata dan bungkus dgn daun pisang.bungkus-habis susun dlm periuk pengukus kukus – masak lebih kurang 20-25 minit.

PUTU UBI KAYU VERSI MAMA









BAHAN-BAHAN:
-ubi kayu( yang diparut secukupnya)
-secubit garam
-sedikit halba
-gula Melaka secukupnya(di hiris halus)
-bahan2 lain daun pisang secukupnya
-kelapa parut putih + secubit garam
CARA-CARA:
-mesin ubi kayu-halus atau pun beli yang dah siap di mesin
-masukan dalam bag kain maslim(mama guna penapis teh kain saja)perah –betul2 kering berderai.
-masukan dlm satu bekas gaul ramas- jadi seperti serbuk roti, masukan garam dan halba gaul rata
-sediakan daun pisang kelebaran lebih kurang 7in potong hujung bagi melengkung sedikit.
-letakan daun pisang masukan 2camb adunan tadi diatas daun pisang kemudian letakan hirisan gula Melaka ikut suka letak 2camb lagi adunan ubi tadi diatas gula Melaka. Bungkus. Susun dalam periuk pengukus kukus lebih kurang 20-25 minit.
-setelah masak hidang bersama kelapa parut. Sedap makan masa panas-panas.
NOTA:resepi putu ubi kayu ini tak ada sukatan tepat mama kata main campak2 jer..
-Prawit paling suka kuih ini, linna pula tak suka linna dia tak makan sebarang kuih yang makan dgn kelapa parut. Mama pun suka kalau apa yang mama suka mkn prawit pun suka juga selera dia sama dgn mama. Suka mkn kuih orang zaman dulu.
-lupa nak cter, mama kata kuih ni orang bungkus dlm kain maslim saiznya sebesar tudung teko atau kendi air org dulu tu n kukus – masak baru buka kain tu.
-hari ni mama tak dee… kain nak bungkus mama guna daun pisang jer.. memang tiap2 kali mama buat mama guna daun pisang. Kalau nak makan sangat daun pisang tak de.. mama masuk dlm dulang je.. mama kata jangan buat terlalu tebal sangat. Lambat masak.

TAKOYAKI (JEMPUT-JEMPUT DAUN BAWANG JEPUN )









BAHAN-BAHAN:A ut adunan takoyaki
-100gm tep gandum
-340ml air berais
-1 biji telur
-1/4 camt bonito dashi(mama letak 1/2camt)
-1 camt kicap cair
-secubit garam
-1/2 camt granulate dashi
BAHAN-BAHAN:B
-150gm otopos(rebus terlebih dahulu)-mama guna udang yang di rebus sebab otopos tak dee.
-cebisan tep goring tempura(mama guna tep tempura brand GOGI +sedikit serbuk pati ayam bancuh dgn air bagi agak cair guna tangan renjis dlm kuali minyak banyak goreng –garing.
-pink shrimp goreng tanpa minyak n hancurkan (mama kata udang geragau pun boleh guna tak ada perbezaan pun dgn pink shrimp)
-daun bawang(mayang halus)
Dried bonito flakes(mama tak letak sebab lupa beli)
-sos mayonis
CARA-CARA:
-campur kesemua bahan2 A bancuh- sebati
-panaskan acuan tako maker masukan sedikit minyak
-masukan adunan takoyaki- hampir penuh
-kemudian masukan inti yang kita guna kalau guna otopos letak otopos kalau guna udang letak udang kemudian taburkan daun bawang dan serbuk pink shrimp tuangkan sedikit lagi adunan takoyaki. Kikis tepi dan terbalikan supaya jadi bulat.masak- kekuningan.
-angkat susun dlm pinggan taburkan cebisan tep tempura daun bawang paipkan sos mayanis di atas siap boleh makan.
Nota:saya tak suka sebab saya tak makan udang mama,papa n linna yang suka o prawit pun tak makan.

SUMBER : FP KAK RINNCHAN

Thursday, October 14, 2010

CREAM PUFF . . .






   BAHAN-BAHAN ( KULIT ) :
- 150gm tepung naik sendiri
- 60gm butter(1/4 ketul)
- 280ml air
- 4biji telur
- secubit garam

BAHAN-BAHAN INTI A (KASTARD EKONOMI):

- 30gm tepung gamdum(tepung jagung pun -  boleh)
- 1 biji kuning telur
- 30 gm butter
- 140ml air
- 3 camb gula



BAHAN – BAHAN INTI B (KASTARD BIASA):(favoutite family)
- 3 cwn air
- 9 camb tepung kastard(mama guna camca sukat yg 15ml. sukat rata tau..)
- 12camb gula(sukat rata juga)
secubit garam.


BAHAN-BAHAN C (KASTARD BERSUSU ) :

 -1  cwn tepung kastard
- 3 cwn air
- 1 cwn susu segar
- 1 cwn gula.


CARA-CARA :

- campur kesemua bahan kacau hingga pekat.

CARA – CARA BUAT KULIT :

                masak butter dgn air hingga didih


padam api dan masukan tepung


kacau dgn laju hingga adunan tidak melekat pada tepi     periuk dan sejukan
cuba pegang dinding periuk setelah rasa suam boleh     dipukul dgn pemukul elektrik


pukul hingga jadi seperti cream lembut seperti gambar 2


                       masukan dalam piping bag


       picit kan dulang yg telah disapu dgn mentega


bakar selama lebig kurang 20 mint agar perang seperti gambar 2..


 cucukkan setiap biji dgn pisau hujungnya tajam..setelah siap cucuk ( tanpa angkat puff itu tau) masukkan semula ke dalam oven dan bakar lagi 4 - 5 mint
NOTA : cara cucuk dan bakar sekejap lagi 2 untuk elak dari puff kecut semula


    setelah masak keluarkan dari oven dan potong..
jgn potong habis atau putus potong hampir setengah jer..

CARA – CARA BUAT INTI :



                 masak air dgn gula hingga gelegak


                    bancuh tepung kastard dgn air


setelah air gelegak masukan adunan bancuhan kastard   tadi....


                    kacau hingga pekat dan berkilat